Tuesday, August 9, 2011

lama tak jumpa....

Salam untuk semua……dah lama jugak tak bercerita melalui blog ni ya….bukannya apa ….Cuma kadang tu tak ada masa atau kekadang tu tak ada idea(yg sebenarnya)……banyak sangat benda yang nak di buat sampai lupa nak update blog….niat tu ada nak update tapi……tak terbuat……
Diam tak diam dah masuk hari ke 9 kita semua umat Islam berpuasa…..selama 9 hari ini jugakla sahur dan berbuka tanpa emak sebab emak pergi mengerjakan UMRAH…kesian…..anak anak seronok pulak sebab tak ada opahnya berleter kalau dorang malas gi ngaji atau ngelat wat kerja sekolah……tapi lepas seminggu …dah tanya bila opahnya nak balik……(boring la tuh)……haaaa baru tahu…..tiap tiap hari call opah kat sana….sampai susah orang tua tu nak buat amal ibadat…… Tanya opah dah makan ke, opah sihat  ke, last sekali  tanya opah beli apa untuk dorang…..tu yang tak tahan tu….ada udang sebalik batu rupenya ya…….
Bila cerita bab puasa ni…..paling lemah time sahur. Letih betul bila pikirkannya…..dari  babah ke anak-anak,bukan main susah lagi bila ditanya nak makan apa untuk sahur….almaklumlah mata pun kelat2 ingat nak tidur aje….nasib baik la ada  MIN-HO (Alarm clock) tolong kejutkan si kakak dan si adik…kalau tak sampai azan subuh pun tak bangun….bila dah bangun tu termenong pulak kat meja makan……nasib baikla ada air kuasa(Glucolin) kalau tak, tak tahula camne. kalau hari sekolah kakak dan adik mandi dan solat lepas tu tidur kejap sampai jam 7.00pg.. tapi kalau hari cuti...lepas sahur tu solat pas tu nak tidur ke apa ke pandai2 sendirila....malam pulak...pukul 9.00 dah naik tidur.....ok  jumpa lagi....nak kena fikir nak masak apa tuk berbuka nanti...idea dah mari tapi nak kena tengok resepi dulu ya......FIGHTING!!!! 

Wednesday, June 15, 2011

waaaaaaahhh!!!!!!lama gak blog tak dibuka! banyak sangat perkara perkara yang berlaku kebelakangan ini....Sibuk dengan anak nak periksa, kenduri kahwin, tempahan coklat & apam comel dari kenalan dan yang terbaru ini masalah adik sepupu dengan suaminya!

Alahai! rasa macam baru aje selesai kenduri kawin dia.... tup tup dah nak berpisah dalam ertikata lainnya bercerai pulak!!!!!hairan bin ajaib...kenapa sebelum ni si suami tu tak fikir masak masak sebelum ambil sebarang keputusan.....Ini lah akibatnya kalau buat keputusan mengikut perasaan yang tengah marah!!! Tapi bila difikir2kan mungkin disebabkan EGO yang teramat sangat.....yang menguasai diri...... 

Kekadang bila diingat2kan tak tahula kalau perkara ini berlaku keatas diri sendiri...minta jauhkanlah.....cammana agaknya.....apa apa pun tabik spring kat adik sepupu yang sangat tabah menghadapi segala dugaan mungkin ada rahmat disebalik semua ini! cuma kuatkan semangat, jaga kesihatan diri dan juga baby dalam kandungan.....kita tawakkal kepada Allah.

Wednesday, April 27, 2011

percubaan pertama kali!


minggu ini boleh dikatakan minggu percubaan untuk melakukan sesuatu yang baru! wah tak sangka2 menjadi jugaklah percubaan  untuk membuat coklat home made choc dan apam comel..... rasa2nya bolehlah ambil tempahan majlis, perayaan atau yang sewaktu dengannya.nanti nak buat lagi tapi corak yang lain pulak!!!.ok jumpa lagi di lain kali dengan cerita yang baru...

Thursday, March 24, 2011

Set Penjagaan Kulit

Sudah lama jugak tak update blog comel ni, so dikesempatan ini saya nak memperkenalkan satu produk kecantikan kulit yang begitu menjimatkan masa dan wang! Trial set ni cuma RM66.00 sahaja. Ia mengandungi BB cream, Sabun Mandi dan Sabun Facial. Cara memakainya pun senang.   Kalau berminat bolehla email atau sms saya di 012-2304452 Idatul-Mell.

Sunday, March 6, 2011

veeliner slimming belt untuk dijual!

ada sesiapa yang berminat dengan slimmimg belt tak? kita jual murah sebab office hubby nak tolak stok. bentuknya lebih kurang macam slimming yang ada di jual di pasaran sekarang tapi harganya tak lah mahal mana cuma RM80.00 sahaja. alat ni boleh mengurut dan membakarkan lemak di tubuh badan kita.kalau berminat bolehla email kita atau sms di no: 012-2304452(idatul-mell khairuddin)

Saturday, March 5, 2011

terima kasih daun keladi

terima kasihla pada sepupuku yg sorang ni, kerana sudi mengemas kini blog saya yang selama ini terbiar kosong.Katanya camne nak wat biz kalau blog kosong so sebagai balasan kenala belanja dia mandi wap (mandi susu)...

Tuesday, January 11, 2011

kakak adik biz

Salam, Alhamdullillah buat pertama kalinya niat untuk membuat blog sendiri telah terhasil. Bukan apa hanya untuk mencuba nasib pulak di dalam bidang perniagaan.Di harapkan dengan adanya blog ini, insyaalah dapatlah kita berkongsi kongsi maklumat atau produk produk terkini...